OnePlus Ace Racing Edition Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi – Saiz Lebih Kecil?

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Ace sudah pun rasmi dilancarkan bulan lalu. OnePlus menggunakan semula penjenamaan yang Oppo pernah gunakan sebelum ini untuk Reno Ace. Untuk pasaran luar China, peranti ini diberi nama OnePlus 10R yang juga mirip dengan Realme GT Neo3.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED, 120Hz, dijana Dimensity 8100-Max, kamera 50MP dan pengecasan pantas 80W. Terkini, OnePlus dikatakan akan hadir dengan OnePlus Ace Racing Edition pula.

neplus

Peranti ini dilihat bersaiz sedikit lebih kecil dengan skrin 6.59-inci LCD LTPS FHD+, dijana dengan cip dengan kuasa pemprosesan 2.85GHz serta mempunyai pilihan memori mencapai 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera adalah tri-kamera dengan sensor 64+8+2 Megapixel, manakala kamera swafoto adalah dengan sensor 16MP. Bateri pula adalah 4,890mAh dengan kuasa pengecasan yang masih tidak dijelaskan. Cip pemprosesan mungkin kekal Dimensity, tetapi tidak pasti lagi.

Rekaan peranti adalah sama dengan apa yang tertiris sebelum ini. Ia dikatakan ini adalah rekaan OnePlus 10 yang tidak dilancarkan yang turut dikatakan akan digunakan oleh Oppo untuk Oppo Reno8. Rekaan ini juga mirip dengan OnePlus 10 Pro dan peranti OnePlus 10 Racing Edition ini mungkin terhad di China untuk edaran dengan kuantiti terhad untuk bulan Mei.

komen


© Amanz / 2022 Kami