Google Perlihatkan Jam Tangan Pintar Akan Datang Dengan Integrasi Fitbit – Pixel Watch

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disamping mengacah pengenalan Pixel 7 dan Pixel Tablet, Google turut memperlihatkan secara kasar jam tangan pintar akan datang mereka, iaitu Pixel Watch.

Untuk makluman, sebelum ini, jam tangan pintar ini tertiris melalui sebuah prototaip yang tertinggal di restoran.

Google Pixel Watch hadir dengan rekaan muka jam bulat, selain sebuah tombol pada bahagian tepi, selain sebuah butang bersebelahan dengannya.

Google Pixel Watch ini akan dilengkapi dengan sistem operasi Wear OS, dimana ia turut diperluaskan dengan integrasi Google Assistant – selain ciri-ciri lain dalam membolehkan Pixel Watch digunakan untuk mengawal sejumlah peralatan pintar.

Disamping itu, jam tangan pintar ini juga akan hadir dengan integrasi Fitbit – menjadikan ia antara yang terawal menawarkan integrasi berkenaan di luar penawaran Fitbit. Melaluinya, pengguna boleh melihat sejumlah data Fitbit, selain turut menggunakannya untuk tujuan kecergasan.

Buat masa ini, spesifikasi dan sebagainya tidak dikongsikan lagi. Jam tangan pintar ini juga akan eksklusif untuk digunakan bersama peranti Android sahaja.

Jam tangan pintar ini bakal dilancarkan secara rasminya bersama-sama Pixel 7 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami