Ciri ECG Pada Jam Tangan Pintar Huawei Akan Hadir Ke Malaysia Menjelang Penghujung 2022

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri ECG di jam tangan pintar adalah amat perlu untuk mengesan serangan jantung sebelum ia berlaku. Ia adalah sebab mengapa Apple Watch menjadi antara jam tangan pintar paling laku di pasaran. Di Malaysia sokongan ciri ECG adalah amat terhad. Huawei Malaysia hari ini mengesahkan kepada kami bahawa ciri ECG bakal disokong pada peranti yang akan dipasarkan di Malaysia.

Ciri dijangka akan mendapat kebenaran dari KKM sebelum penghujung 2022. Pada waktu ini Huawei Watch GT3 Pro dam Huawei Watch D adalah dua jam tangan pintar dengan ciri ECG. Watch GT3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 19 Mei hadapan dan terdapat perancangan untuk turut memasarkan Watch D dalam masa terdekat. Jadi kepada mereka yang memerlukan ciri ECG, jam tangan pintar Huawei bakal menyokongnya di Malaysia kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami