Carian
PerantiSiswa : Permohonan Fasa 1 Akan Ditutup Pada 15 Mei 2022
May 13, 2022 Aman

PerantiSiswa merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan tablet kepada para pelajar daripada keluarga B40 – dalam usaha memudahkan mereka mengikuti pembelajaran dan melaksanakan tugasan.

Tablet ini diberikan dalam bentuk pinjaman kepada para pelajar, dan perlu dipulangkan semula selepas tamat pengajian.

Buat masa ini, jenama tablet dibawah PerantiSiswa masih tidak diketahui, dan dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan. Apa pun, untuk para pelajar, anda boleh memohonnya sebelum ia diedarkan bermula pertengahan Jun 2022 kelak.

Bagi anda yang belum memohon, anda digalakkan melakukannya secepat mungkin. Permohonan PerantiSiswa untuk fasa pertama akan ditutup pada 15 Mei 2022 kelak.

Anda boleh merujuk ke laman rasmi PerantiSiswa dalam mendapatkan maklumat lanjut, dan memohon tablet untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran.

Komen