Cari @ Amanz

Di Google I/O minggu lalu Google mengesahkan kewujudan Pixel Watch yang akan dilancarkan pada separuh tahun kedua 2022. Setelah sekian lain imej pengolokan tertiris, Pixel Watch dilihat sebagai usaha serius dari Google untuk menghasilkan jam tangan pintar Wear OS selepas sudah lama tidak mengeluarkan perkakasan sendiri.

Namun begitu keterujaan orang ramai mengenai Pixel Watch ini mungkin akan berkurangan kerana menurut sumber dalaman ia menggunakan cip Exynos 9110 yang sudah berusia hampir empat tahun. Ini ialah cip yang digunakan pada Samsung Galaxy Watch.

Samsung Galaxy Watch

Google tidak menggunakan cip Exynos W920 yang lebih terkini dan digunakan pada Galaxy Watch4 kerana Pixel Watch telah dibangunkan sejak beberapa tahun yang lalu dan perubahan cip di saat akhir tidak boleh dilakukan.

Jika ura-ura ini jelas benar, ia mengecewakan kerana jam tangan pintar terkini menggunakan cip yang agak berusia. Berita baik yang boleh diberikan ialah jam tangan pintar Samsung yang menggunakan Exynos 9110 masih lagi berfungsi dengan lancar sehingga ke hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd