Cari @ Amanz

Infinix Note 12 Dengan Cip MediaTek Helio G96 Turut Diumumkan

Link Copied!

Bukan satu tetapi dua model baharu yang telah diperkenalkan oleh Infinix untuk siri Note 12. Peranti pintar yang dimaksudkan adalah Infinix Note 12 (G96). Antara perubahan ketara yang dilakukan adalah pada reka bentuk fizikal peranti. Di mana kamera utama kini disusun secara menegak bersama dua sensor yang bersaiz besar.

Seterusnya, cip pemprosesan yang disokongnya iaitu MediaTek Helio G96. Bukan itu sahaja, ia juga menggunakan sistem penyejukan dengan binaan 10 lapisan graphene untuk aliran haba lebih baik. Lain-lain perkakasan dalaman masih sama seperti model sedia ada.

Infinix Note 12 (G96) menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Seterusnya, ia turut dilengkapi memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera pula terdiri dengan 50MP +2MP + QVGA, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W, pembesar suara stereo, menyokong RAM maya mencapai 5GB dan sebagainya. Untuk harga, Infinix Note 13 (G96) dijual pada $200 (~RM879).


Komen ()