Apple Dilaporkan Menguji Panel E-ink Untuk Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada Mei 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak tahun lalu wujud beberapa ura-ura mengatakan Apple telahpun menguji beberapa prototaip peranti skrin boleh-lipat bagi melihat sama ada ia sesuai digunakan ataupun tidak. Dengan skrin boleh-lipat Apple ingin menawarkan peranti pesaing kepada Galaxy Fold, Find N, Mate X, X Fold dan Magic V.

Menurut ciapan terkini dari penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple sedang menguji panel e-ink yang akan digunakan pada peranti skrin boleh-lipat mereka. Panel ini akan digunakan pada skrin luar dan dalam mod tablet bagi mengurangkan penggunaan kuasa. Skrin lebih besar mengakibatkan hayat bateri peranti skrin boleh-lipat di pasaran sekarang tidak mempunyai ketahanan bateri yang baik.

Panel skrin boleh-lipat e-ink berwarna telahpun dilancarkan tahun ini dengan masa tindak balas sekitar 1.5 saat. Ini adalah amat perlahan untuk melayari web tetapi memadai untuk ebuku dan memaparkan notifikasi pada skrin luar. Apple dijangka mula menawarkan peranti skrin boleh-lipat pada tahun 2024.

komen


© Amanz / 2022 Kami