Bill Gates Menggunakan Telefon Skrin Boleh-Lipat Tetapi Ia Bukan Surface Duo

Diterbitkan pada Mei 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak menarik diri dari Microsoft, Bill Gates menumpukan perhatian beliau kepada membelanjakan harta untuk meningkatkan akses kepada vaksin serta tanda di negara dunia ketiga. Tetapi sebagai pengasas Microsoft, beliau masih diharap menggunakan produk keluaran syarikat.

Di dalam sesi Reddit AMA yang berlangsung hujung minggu lalu, Gates mengatakan beliau kini menggunakan sebuah peranti skrin boleh-lipat tetapi ia bukannya Surface Duo.

Sebaliknya peranti yang digunakan beliau ialah Samsung Galaxy Z Fold3. Menurut Gates ini adalah kerana ia boleh berfungsi seperti sebuah PC mudah alih dan sebuah telefon tanpa perlu bergantung kepada peranti lain.

Beberapa tahun lalu Gates mengatakan beliau menggunakan sebuah telefon pintar Galaxy selepas Microsoft tidak lagi mengeluarkan telefon pintar. Penggunaan peranti Samsung tidaklah mengejutkan kerana Microsoft banyak melakukan kerjasama dengan syarikat gergasi Korea ini untuk memastikan perisian berjalan lancar.

komen


© Amanz / 2022 Kami