Cari @ Amanz

Redmi Buds 4 Pro Akan Dilancarkan Bersama Dengan Siri Redmi Note 11T

Link Copied!

Redmi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 24 Mei 2022. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan siri Redmi Note 11T yang dipercayai dilengkapi akan spesifikasi premium dengan harga mampu milik. Ini termasuklah, Redmi Note 11T Pro+ yang disahkan hadir dengan janaan cip MediaTek Dimensity 8100.

Dalam perkembangan terbaharu, Redmi turut mengesahkan yang mana aksesori audio miliknya turut akan dikemaskini. Redmi Buds 4 Pro bakal diperkenalkan pada acara berkenaan dan ia adalah set fon telinga nirwayar dengan rekaan dalam telinga bertangkai. Fon telinga ini juga dikatakan menyokong sambungan Bluetooth 5.3 dan codec audio LC3.

Dalam masa sama, ia turut disertakan kemampuan kadar pembatalan sehingga 43 desibel yang boleh diselaraskan berdasarkan persekitaran pengguna. Ini sahaja maklumat yang diketahui pada waktu ini. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.


Komen ()