Motorola Mengesahkan Telefon Dengan Kamera 200MP Akan Datang Pada Julai Ini
May 23, 2022
Motorola
Aman
Motorola kini telah mula mengacah, mengatakan telefon pintar dengan sensor kamera 200-megapixel bakal ditawarkan oleh mereka pada Julai 2022 ini. Ini sekaligus dijangka memulakan era baharu dalam arena telefon pintar.
Mengikut desas-desus, telefon ini dijangka dikenali dengan nama Motorola Frontier, dan menggunakan sensor Samsung HP1 yang terbaru.

Telefon ini juga dijangka akan dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang terbaru. Disamping model ini, Motorola juga dijangka memperkenalkan Razr 3 dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm.
Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut untuk telefon dengan kamera 200MP ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.