Ura-Ura Mengatakan Cip Exynos Tidak Akan Digunakan Pada Samsung Galaxy S23 Dan S24

Diterbitkan pada Mei 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Exynos 2200 yang sepatutnya menjadi batu loncatan kepada Samsung menawarkan cip yang berkuasa untuk telefon pintar keluaran mereka. Tetapi dalam dunia sebenar ia cip yang bukan sahaja tidak mampu bersaing dengan Snapdragon 8 Gen 1 tetapi turut tersungkur menentang Dimensity 9000. Tambah malang buat Samsung, peranti dengan Exynos 2200 mempunyai pelbagai masalah.

Kini muncul ura-ura dari Korea mengatakan cip Exynos tidak akan digunakan langsung pada Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S24. Dalam masa dua tahun ini, Samsung akan kembali ke meja rekaan untuk menghasilkan cip Exynos yang akhirnya akan direka khusus untuk siri Galaxy seperti yang telah kami laporkan sebelum ini.

Langkah yang diambil adalah drastik tetapi cip Exynos memang kurang mendapat sambutan pengguna Saban tahun pengguna di Malaysia merungut kerana model dengan Exynos ditawarkan. Apabila siri S22 menggunakan Snapdragon tahun ini ramai yang bersorak kerana inilah yang dimahukan selama ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami