Carian
Samsung Galaxy S22 Ultra Dengan Exynos 2200 Mempunyai Masalah Prestasi Yang Teruk
February 25, 2022 Effi Saharudin

Kita mungkin boleh mula bersyukur kerana siri Samsung Galaxy S22 di Malaysia dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1. Ini adalah kerana ulasan awal dari laman web Eropah dan pemilik kini mula muncul ke arena web dan peranti dengan cip Exynos 2200 nampaknya menghadapi masalah prestasi yang teruk.

https://twitter.com/AdamConwayIE/status/1496481958016262148

Isu paling ketara ialah lewah masa setiap kali ingin melancarkan aplikasi dan menyahkunci peranti. Proses yang hanya mengambil masa sekelip mata pada S22 Ultra dengan Snapdragon Gen 1 yang telah diulas Amanz mengambil masa beberapa saat pada peranti Exynos 2200. Apabila menggunakan Spotify pula, pengguna melaporkan isu audio yang pecah dan berhenti secara rawak.

Sebelum ini kami melaporkan pengguna S22 Ultra menghadapi isu skrin mempunyai garisan yang merosakkan penggunaan peranti. Setakat ini isu hanya berlaku pada peranti dengan cip Exynos 2200.

Melihat pelbagai isu setakat ini, ia mungkin penyebab peranti dengan Snapdragon 8 Gen 1 dipasarkan ke lebih negara seperti India, Malaysia dan Indonesia. Bagi yang berminat membeli siri Samsung Galaxy S22, ulasan boleh dibaca di bawah untuk melihat pro dan kontra peranti.

Komen