Cari @ Amanz

Apple menghentikan jualan iPod yang telah ditawarkan sejak 21 tahun yang lalu pada 11 Mei. Selepas dihentikan, ramai mula membeli iPod bagi memastikan mereka tidak terlepas dari membeli produk yang mengubah nasib Apple dua dekad lalu. Selepas beberapa minggu, laman Apple Malaysia kini tidak lagi menyenaraikan iPod untuk dijual.

Pautan ke produk yang kami akses sebelum ini tidak lagi memaparkan iPod dan mengatakan laman tidak lagi wujud. Apa yang berlaku di Malaysia juga mula dilaporkan oleh pengguna pasaran lain seperti UK, A.S dan Jepun.

Sejak dilancarkan lebih 450 juta iPod telah berjaya dijual. Ia menyelamatkan industri muzik yang mengalami masalah cetak rompak dan menjadi sebab mengapa iPhone wujud sekarang. Selamat tinggal iPod.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd