Cari @ Amanz

Menurut perkongsian firma analisis Omdia, Samsung Galaxy Z Flip 3 5G adalah peranti boleh lipat paling laris pada tahun 2021. Selain daripada perkakasan yang baik, ia turut mempunyai tubuh dengan kemasan anggun yang menyasarkan pengguna yang ingin bergaya.

Bagi anda yang sedang menunggu variasi kemas kini untuknya, spesifikasi untuk Galaxy Z Flip4 5G telah tertiris. Ia menunjukkan peranti mungkin menggunakan skrin utama sebesar 6.7-inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Sementara itu, skrin sekunder pula bersaiz 2.1-inci yang turut dilengkapi panel sejenis AMOLED.

Snapdragon 8+Gen1

Cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 turut akan digunakan dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 12MP + 12MP, manakala kamera hadapan adalah 10MP.

Bateri pula adalah 3,700mAh dengan sistem pengecasan berwayar 25W dan nirwayar 10W. Ia membawakan peningkatan kapasiti sebanyak 400mAh lebih besar berbanding model terdahulu. Tidak ketinggalan, Galaxy Z Flip4 5G turut akan menjalankan OneUI 4 berasaskan Android 12.. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk peranti yang diketahui setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd