Qualcomm Ingin Mewujudkan Konsortium Untuk Membeli ARM Supaya Ia Kekal Bebas

Diterbitkan pada Jun 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NVIDIA tidak meneruskan pembelian ARM dari Softbank kerana menerima bantahan pelbagai pihak. Ramai melihat ia boleh menimbulkan isu satu syarikat mengawal senibina ARM yang penting dalam dunia penghasilan cip sekarang. Dalam temubual bersama Financial Times, CEO Qualcomm Cristiano Amon berkata Qualcomm berminat untuk membeli ARM menerusi sebuah konsortium.

Dengan sebuah konsortium yang terdiri daripada beberapa syarikat lain, tidak timbul isu bahawa satu syarikat akan mengawal teknologi penting yang dimiliki oleh ARM. Idea yang sama pernah diutarakan oleh CEO Intel Pat Gelsinger. Selain Qualcomm, Samsung turut pernah dikatakan berminat untuk membeli ARM tetapi tidak diteruskan.

Qualcomm CEO Cristiano Amon told the Financial Times th

komen


© Amanz / 2022 Kami