Cari @ Amanz

Apple memperlihatkan antaramuka baharu CarPlay mereka di WWDC awal pagi tadi. Dengan rekaan baharu ini, keseluruhan skrin dalam kenderaan boleh digunakan untuk memaparkan elemen-elemen CarPlay tanpa mengira jumlah dan nisbah skrin.

Lebih menarik menurut Apple, CarPlay akan mempunyai integrasi menyeluruh dengan kenderaan sehingga sistem pendingin hawa, dan juga paparan meter kenderaan boleh diubah dengan estetik Apple. Pengguna turut boleh menambah widget kegemaran pada skrin kenderaan yang menyokong CarPlay kelak.

Senarai model kenderaan yang akan menyokong CarPlay baharu ini akan hanya diumumkan pada penghujung 2023. Tetapi setakat ini Land Rover, Mercedes, Porsche, Nissan, Ford, Lincoln, Audio, Jaguar, Acura, Volvo, Honda, Infinity dan Polestar sudah mengesahkan sokongan mereka.

Dengan pengumuman ini, kita turut dapat melihat pandangan awal bagaimanakah antaramuka Apple Car yang sedang dibangunkan. Langkah yang diambil oleh CarPlay sama seperti yang dilakukan ke atas Android Auto awal bulan lalu di Google I/O.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd