Volocopter adalah antara syarikat terawal mengumumkan projek pembinaan teksi terbang mereka. Sejak itu mereka berjaya melakukan penerbangan ujian di Dubai dan Singapura dengan perancangan membina lapangan teksi terbang di bandaraya utama dunia termasuk Kuala Lumpur. Bermula dengan Volicity dengan rekaan mirip dron mereka kemudian mengumumkan rekaan VoloConnect tahun lalu untuk perjalanan jarak jauh.
Kini Volocopter mengumumkan VoloConnect telah berjaya melakukan penerbang sulungnya pada bulan Mei yang lalu. Dalam penerbangan sulung, ia terbang sekitar 3 minit dan mencapai kelajuan maksimum 64 km/j. Ini masih di belakang sasaran mencapai kelajuan maksimum 250 km/j dan jarak penerbangan sehingga 100 km apabil memulakan operasi pada tahun 2026.

VoloConnect mempunyai rekaan hibrid enam kipas untuk penerbangan menegak dan dua lagi enjin sisi untuk penerbangan mendatar menggunakan sepasang sayap seakan pesawat konvensional. Dengan kuasa elektrik sepenuhnya, VoloConnect diharap dapat mengurangkan pencemaran udara berbanding helikopter.
- Sumber
- Sumber – Volocopter