TSMC Dilaporkan Akan Memulakan Produksi Cip Apple M2 Pro 3nm Hujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Jun 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di acara WWDC 2022, Apple telah melancarkan cip siri-M baharu mereka Apple M2. Ia menggunakan rekaan 5nm dan mempunyai 18% kuasa pemprosesan lebih tinggi dan 35% kuasa GPU lebih hebat berbanding Apple M1.

Apple M1 sudah terbukti adalah antara cip paling berkuasa dan efisien dan dengan M2, ia kini mempunyai penggunaan kuasa yang lebih rendah. MacBook Air dan MacBook Pro turut dilancarkan dengan cip ini.

Terkini dalam laporan oleh 9to5Mac, Apple akan terus bekerjasama dengan TSMC untuk menghasilkan cip Apple Silicon mereka. TSMC juga dikatakan akan memulakan produksi untuk Apple M2 Pro dengn binaan 3nm hujung tahun akan datang.

Cip Apple M2 Pro ini dikatakan akan digunakan pada Mac Mini, sementara turut kedengaran turut akan ada variasi M2 untuk Mac Pro dan iPad dengan cip 3nm. Mungkin cip Apple Silicon siri M2 ini akan digunakan pada lebih banyak produk.

Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami