Cari @ Amanz

Di acara WWDC 2022 tempoh hari, Apple telah mengumumkan iOS 16 sebagai sistem operasi terbaru untuk iPhone. Tidak dinafikan yang ada banyak ciri menarik seperti kustomasi kunci skrin, boleh sorok video dan foto dalam Photos, mesej boleh ditarik dan disunting dalam iMessage, Face ID boleh digunakan secara landskap dan banyak lagi. Tetapi sebenarnya ia hanyalah satu PengAndroidan untuk Apple.

Seperti yang disahkan oleh Apple, iPhone 6s/6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 /7 Plus adalah lima iPhone yang tidak akan menerima kemaskini iOS 16. Untuk iPhone 8/8 Plus dan iPhone X, walaupun tiga iPhone ini menyokong iOS 16 – tidak semua ciri boleh digunakan. Banyak ciri dan fungsi baharu memerlukan sekurang-kurangnya cip Apple A12 Bionic.

Berikut adalah senarai ciri iOS 16 dengan iPhone yang disokong;

Ciri imbasan label ubat ke dalam Health menggunakan kamera iPhone memerlukan iPhone XR dan XS sekurang-kurangnya.

Live Captions pula iaitu ciri menjana transkripsi teks daripada video memerlukan iPhone 11, iPad dengan cip A12 Bionic, atau Mac dengan cip Apple Silicon.

Kesan kabur latar belakang dalam gambar yang boleh dipilih serta menjadikan kesan kabur kelihatan lebih realistik memerlukan iPhone 13 dan ke atas.

Rakaman video dalam mod Cinematic yang lebih cantik dan tepat juga memerlukan iPhone 13 dan ke atas sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd