Cari @ Amanz

Total Cookie Protection Pada Firefox Adalah Ciri Perlindungan Paling Kuat Mereka Setakat Ini

Link Copied!

Firefox amat serius dalam perlindungan privasi pengguna pelayar web mereka. Tidak kira pada desktop atau peranti mudah alih. Sejak mencapai versi 100, semakin banyak ciri dan fungsi diperkenalkan – di antaranya adalah ciri penterjemahan luar talian dengan pembelajaran mesin.

Terkini Firefox untuk Windows, Mac dan Linux telah dikemaskini dengan perlindungan kuki secara menyeluruh melalui Total Cookie Protection.

Menurut mereka, ia adalah ciri perlindungan privasi paling kuat yang pernah dibangunkan setakat ini. Dengan ciri ini, setiap laman web yang dilayari pengguna akan ada “bekas simpanan” kuki tersendiri dan ia tidak boleh digunakan oleh penjejak untuk tujuan iklan.

Apa yang berlaku adalah, mana-mana laman web dilayari termasuk dengan kandungan tambahan seperti video yang terbenam – semua kuki hanya dalam lingkungan setiap laman web dan laman web lain atau penjejak tidak boleh akses kuki tadi.

Ini bermakna, pengguna akan melihat kurang iklan sambil pengalaman penggunaan tidak terganggu, malah dilindungi dengan lebih baik oleh Mozilla Firefox. Ciri ini sudah pun diedarkan kepada semua dan diaktifkan terus secara automatik.


Komen ()