Bill Gates – NFT Ialah Penipuan Yang Memerlukan Wujud Orang Lebih Bodoh Membelinya

Diterbitkan pada Jun 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mantan manusia terkaya dunia dan juga pengasas Microsoft, Bill Gates dipetik mengatakan NFT adalah sejenis penipuan yang berasaskan “teori orang lebih bodoh” (greater fool theory) untuk meneruskannya. Beliau mengeluarkan kenyataan berani ini dalam sebuah acara yang dianjurkan oleh TechCrunch di University of Berkeley semalam.

NFT Pentas

Gates juga dengan nada sarkastik mengatakan imej beruk digital yang mahal akan membawakan kebaikan besar kepada dunia. Teori orang orang lebih bodoh mengatakan keuntungan boleh dicapai dalam setiap transaksi selagi wujud orang yang lebih bodoh untuk membeli sesuatu barang yang melangkaui nilai sebenarnya.

Dalam hal ini Gates mungkin benar kerana sebelum ini kami melaporkan NFT ciapan pertama Jack Dorsey di Twitter yang pada asalnya dibeli pada harga RM12 juta hanya menerima bidaan sekitar RM99 apabila ia cuba dijual semula. Pasaran NFT sudah mengecut mendadak sejak permulaan 2022 dan tidak dibantu oleh nilai wang kripto yang menjunam terus sejak seminggu lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami