Cari @ Amanz

Pengasas Twitter iaitu Jack Dorsey telah pun meletakkan jawatan beliau sebagai CEO dan digantikan oleh Parag Agrawal. Beliau juga percaya dengan masa depan kripto dan baru-baru ini hadir dengan produk fizikal dompet kripto Rockey.

Bulan Mac tahun 2021, Jack Dorsey telah menjual ciapan pertama beliau di Twitter dalam bentuk token tidak boleh berbaur atau NFT. Ciapan ini telah dibeli oleh Sina Estavi iaitu CEO kepada Bridge Oracle, sebuah syarikat rantaian blok yang berpusat di Malaysia pada harga menghampiri RM12 juta.

Jack turut menyumbang kutipan yang diterima kepada GiveDirectly iaitu badan kebajikan di Afrika. Terkini, Sina Estavi pemilik ciapan pertama di Twitter ingin menjual NFT.

Harga jualan yang diletakkan adalah 14,969 ETH (Ethereum), yang bernilai $47,642,435.06 iaitu menghampiri RM201 juta. Jika berjaya dijual, 50% daripada nilai itu akan diberikan kepada GiveDirectly. Jack turut mempersoalkan Sina kenapa tidak beri sahaja 99% daripada jumlah keseluruhan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd