Cari @ Amanz

Pengumuman perjalanan percuma sebulan pada perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT dan bas RapidKL telah diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri semalam sempena pelancaran laluan MRT Putrajaya Fasa 1. Ia turut mendatangkan kekeliruan kepada pembeli pas My50 yang telah memperbaharui pas sebelum pengumuman diumumkan.

Pihak RapidKL hari ini akhirnya menjelaskan pelanggan yang telah membeli pas My50 boleh menebus perjalanan percuma selama 30 hari selepas tamat tempoh perjalanan percuma yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Mereka hanya perlu menebus perjalanan percuma 30 hari selepas pas mereka tamat di antara 17 Jun – 15 Julai. Bagi mereka yang telah membeli pas My50 pada 16 Julai pula, mereka boleh menebus perjalanan percuma 30 hari selepas pas ini tamat tempohnya. Hanya perlu bawa resit sebagai bukti pembayaran. Jika tiada resit sekalipun pihak RapidKL akan membantu pelanggan untuk menebus perjalanan percuma 30 hari mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd