Cari @ Amanz

Garmin Malaysia kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti boleh-pakai baharu lagi. Memetik perkongsiannya di Facebook rasmi, acara pelancarannya dijadualkan bakal berlangsung pada 29 Jun 2022. Tapi sayangnya, Garmin tidak pula mendedahkan variasi produk yang bakal diumumkan secara khusus.

Setakat ini, Garmin telah melancarkan beberapa baharu di bawah siri Forerunner – ini termasuklah Garmin Forerunner 255 dan Garmin Forerunner 955. Kedua-duanya telah diumumkan secara global dengan fungsi menarik yang mempunyai daya tarikan dan target penggunanya yang tersendiri.

Adakah terdapat kemungkinan untuk mana-mana model berkenaan ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak? Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Garmin Malaysia berhubung perkara ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd