Telegram Perlu Sekitar 3% Pengguna Berbayar Untuk Tanggung Kos Operasi
Aman
Pengasas Telegram kini berkongsi yang mana mereka hanya perlukan sekitar 2.5% ke 3% pengguna berbayar Telegram Premium supaya mereka boleh tanggung kos operasi perkhidmatan Telegram sepenuhnya.
Pada hari ini, Telegram mempunyai 700 juta pengguna aktif setiap bulan. Telegram Premium pula merupakan perkhidmatan berbayar mereka yang turut diperkenalkan pada minggu ini, tetapi membawakan harga yang agak mahal – iaitu RM22.99 untuk sebulan.

Sekiranya berjaya mendapatkan angka langganan sekitar 3% berkenaan, ia sekaligus akan menjadikan Telegram sebagai perkhidmatan sosial yang ditanggung oleh pengguna sepenuhnya tanpa perlu bergantung kepada kaedah lain.
Telegram kini sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam menjana pendapatan untuk memastikan mereka dapat kekal beroperasi – termasuk melalui langganan perkhidmatan, selain turut pengiklanan dalam Telegram Messenger.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.