Cari @ Amanz

Montblanc Summit 3 dilancarkan semalam empat tahun selepas Summit 2 dipasarkan. Penambahbaikan paling besar pada model terkini ini ialah penggunaan Wear OS 3.0 yang menjadikannya jam tangan pintar kedua dilancarkan dengan sistem operasi yang sebelum ini hanya digunakan pada Galaxy Watch4.

Dari segi rekaan Summit 3 hadir dengan tubuh 42mm yang diperbuat daripada bahan titanium. Tali jam pula diperbuat daripada kulit ataupun getah. Cip yang digunakan ialah Qualcomm Snapdragon Wear 4100+, memori sebesar 1GB RAM dan storan 8GB. Jam tangan pintar mewah ini hadir dengan ciri standard menjejak tapak, kalori, nadi dan pola tidur.

Montblanc Summit 3 akan mula dijual pada harga $1290 (~RM5682) sebuah bermula 15 Julai dalam tiga pilihan warna dan tali jam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd