Poco X4 GT Diumumkan Dengan Dimensity 8100 – Harga Bermula RM1499

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada Poco F4, sebuah lagi peranti yang turut diumumkan pada hari ini adalah Poco X4 GT. Ia hadir dengan MediaTek Dimensity 8100 dan ini adalah cip yang sama digunakan pada Realme GT NEO 3 tempoh hari. Di samping itu, ia turut menawarkan skrin dengan kadar segar semula 144Hz dan sistem pengecasan pantas 67W.

Bagi yang berminat, Poco X4 GT ditawarkan pada harga bermula RM1,499 (8GB/128GB) dan RM1,599 (8GB/256GB). Ia bagaimanapun boleh dibeli pada harga promosi lebih rendah iaitu RM1,399 (8GB/128GB) dan RM1,499 (8GB/256GB) untuk tempoh masa terhad. Ketersediaan bermula 27 Jun 2022 menerusi Lazada dan boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti Black, Blue dan Silver.

Poco X4 GT dilengkapi skrin sebesar 6.6 inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8100, memori 8GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman mencapai 256GB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 5,080mAh dengan sistem pengecasan pantas 67W. Kepala pengeceas tersedia di dalam kotak dengan kuasa output 67W.

Sistem tri-kamera utama dengan tetapan 64MP (utama) + 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto sebesar 20MP turut digunakan pada peranti. Lain lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB C, NFC, WiFi 6, Bluetooth 5.3 dan banyak lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami