Kini Hanya 44 Agensi Kerajaan Dibenarkan Mengakses Maklumat Pengkalan Data JPN

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan lepas, kami telah melaporkan tentang sebuah isu serius dimana butiran peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia telah dijual di web gelap pada harga sekitar RM43,800, lengkap dengan nama, alamat, nombor telefon dan juga gambar pengesahan kad pengenalan.

Kementerian Dalam Negeri kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat perkara tersebut, dan kini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata bahawa kementerian beliau telah mengetatkan akses kepada 44 agensi kerajaan sahaja buat masa ini.

Menurut laporan Sinar Daily, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengatakan bahawa data tersebut mungkin telah dikumpul melalui pelbagai sumber terbuka, termasuklah media sosial, syarikat telekomunikasi, institusi kewangan dan agensi-agensi seperti Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan.

Oleh kerana ini, beliau mengatakan bahawa akses kepada data daripada Jabatan Pendaftaran Negara kini hanya boleh diakses oleh 44 agensi penting, seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negara dan sebagainya. Dengan pengumuman ini, beliau juga dilihat mengesahkan bahawa akses kepada data rakyat telah ditarik balik untuk sejumlah besar agensi-agensi lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami