Carian
Ipoh Ingin Jadi Bandar Pertama Dengan Kelajuan 1Gbps Di Utara – Sebelum Pulau Pinang
June 29, 2022 Aman

Perak agak aktif pada minggu ini dalam arena teknologi, dimana mereka telah memperkenalkan lampu isyarat pintar dengan sokongan kecerdasan buatan. Disamping itu, Perak turut berkongsi sasaran untuk rangkaian 5G, mengatakan akan bersedia dengan 98 tapak 5G menjelang Oktober.

Berkongsi lanjut, Perak turut menyasarkan Ipoh untuk menjadi bandar pertama di rantau utara untuk mempunyai akses kelajuan 1Gbps meluas. Seperti ramai sedia maklum, zon utara di Semenanjung Malaysia meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.

Dengan perkembangan sihat ini, kita akan melihat Ipoh berkembang ke arah bandar pintar serta bersaing secara sihat bersama bandar-bandar dan negeri zon utara.

Sejak April 2021 lepas, Ipoh sendiri telah melancarkan sekitar 12 projek, termasuk projek utama iaitu Bandar Pintar Ipoh. Ini termasuk penggunaan dataraya dan kecerdasan buatan dalam menawarkan akses yang lebih baik kepada kehidupan harian rakyat.

Komen