Cari @ Amanz

Realme adalah antara jenama di bawah BBK Electronics yang turut kerap bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk kolaborasi pada telefon pintar mereka. Contohnya pada tahun 2019, Realme X hadir dengan versi Spider-Man untuk menyambut filem Spider-Man: Far From Home.

Terkini, sempena tayangan filem Thor: Love and Thunder yang akan bermula 7 Julai nanti – Realme akan hadir dengan Realme GT Neo 3 bertemakan filem ini. Masih tidak banyak yang didedahkan, tetapi naib presiden Realme Madhav Seth mengacah yang peranti ini akan mempunyai sesuatu berkaitan dengan logo tukul kuasa ajaib Thor iaitu Mjolnir. Ia dilihat akan mempunyai lampu LED RGB.

Masih tidak pasti jika ia adalah pada panel belakang peranti atau pada pengecas, kerana Realme GT Neo 3 tidak mempunyai sokongan lampu LED RGB.

Realme GT Neo 3 adalah peranti pertama di Malaysia dengan cip MediaTek Dimensity 8100. Kamera adalah 50+8+2 Megapixel, menyokong pengecasan pantas 80W, skrin OLED 120Hz dan dijual pada harga RM2099.

Versi Thor ini dilihat akan menjadi eksklusif untuk pasaran India, di mana peranti ini akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 150W. Kami yakin ia tidak akan ditawarkan di Malaysia, seperti variasi Naruto sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd