Carian
SKMM : Unifi Mobile 5G Akan Datang
July 4, 2022 Aman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia hari ini telah mengemaskini penawaran Peta Jendela, sekaligus turut menambah paparan liputan rangkaian 5G di Malaysia melaluinya.

Menariknya juga adalah melalui kemaskini ini, SKMM menyatakan rangkaian 5G yang ditawarkan buat masa ini adalah hanya Yes. Tetapi, SKMM melalui Peta Jendela turut menyatakan rangkaian Unifi Mobile 5G bakal hadir tidak lama lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang latar masa dinyatakan. Hanya nama rangkaian Unifi Mobile dinyatakan sebagai akan datang, sementara penyedia rangkaian telekomunikasi lain tidak dinyatakan pada halaman berkenaan.

Sebelum ini, TM sendiri pernah melalui laman rasmi menyatakan bakal tawarkan perkhidmatan 5G seawal Februari 2022. Namun, perkara berkenaan seterusnya dikatakan sebagai masalah teknikal dan tersilap. Sehingga kini, TM masih tidak nyatakan mengapa mereka mengalami kelewatan dalam memperkenalkan rangkaian 5G untuk pengguna mereka.

Komen