HTC A101 Dilancarkan Degan Skrin 10.1″ Dan Cip Unisoc T618

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas melancarkan HTC Desire 22 Pro minggu lalu, tablet HTC A101 pula dilancarkan sebagai tablet Android mampu milik di pasaran. Ia dilengkapi skrin 10.1″ IPS LCD, cip Unisoc T618, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 7000 mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Kamera utama sebesar 16+2 MP di belakang dan kamera swafoto pula sebesar 5MP. Terdapat bicu audio 3.5mm dan juga menambah memori menggunakan kad mikro SD. Peranti dijual pada harga RUB 19890 (~RM1541) dalam warna hitam dan perak. Degan tablet HTC A100 yang dilancarkan sebelum ini tidak memasuki pasaran Malaysia, kemungkinan A101 memasuki pasaran Malaysia adalah amat rendah.

komen


© Amanz / 2022 Kami