Apple Watch Series 8 Dijangka Akan Hadir Dengan Pilihan Skrin Bersaiz 1.99″

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Watch Series 8 mungkin akan menjadi Apple Watch terbaik dalam sejarah peranti boleh pakai Apple. Ini kerana, mereka dijangka akan menggunakan rekaan yang lebih berkotak dan rata seperti yang tertiris sebelum ini. Ia juga dikatakan akan boleh memaklumkan pengguna jika demam dan turut akan menawarkan mod kuasa rendah serba baharu yang lebih baik.

Terkini penganalisa terkenal, Ross Young mendedahkan yang Apple Watch Series 8 mungkin akan hadir dengan satu variasi tambahan menggunakan saiz skrin yang lebih besar iaitu sehingga 1.99″. Berbanding Apple Watch Series 7 yang hanya 1.9″dan Series 6 yang 1.68″” – saiz menghampiri 2-inci ini cukup besar.

Sejak Series 7, Apple Watch sudah menyokong papan kekunci QWERTY pada skrin untuk memudahkan pengguna membalas mesej atau mencari sesuatu di gudang aplikasi App Store. Mungkin dengan skrin besar ini, sokongan menaip menggunakan gestur turut boleh dilakukan.

Jika benar saiz 1.99″ini akan ditawarkan, ia akan menajdi pilihan ketiga yang mungkin bersaiz 50mm berbanding sebelum ini hanya 41mm dan 45mm. Untuk cip pemprosesan, Apple dikatakan akan menggunakan cip Apple S8 – tetapi dalamannya adalah sama dengan Apple S7 dan S6 sahaja. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan lebih lanjut nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami