Cari @ Amanz

Peranti utama dengan cip dengan Snapdragon 8+ Gen 1 mula dilancarkan dengan ASUS ROG Phone 6 Pro dan Xiaomi 12S Ultra antara yang menggunakannya. Dengan pelancaran cip baharu, ramai yang bertanya apakah kemampuan sebenar cip ini. Adakah ialah jauh lebih baik berbanding Snapdragon 8 Gen 1 dan juga Apple A15 Bionic. Menerusi artikel ini kami cuba merungkai persoalan yang ditinggalkan oleh anda di ruangan komen. Berikut adalah tiga peranti ujian yang kami gunakan.

  1. Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 – ASUS ROG Phone 6 Pro
  2. Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 – Black Shark 5 Pro
  3. Apple A15 Bionic Apple iPhone 13 Pro Max

Penanda Aras

Ujian Geekbench 5, Antutu 3D dan 3D Mark Wildlife Extreme dilakukan beberapa kali pada peranti-peranti di atas dengan skor yang paling tinggi akan diambil. Kipas penyejuk tidak digunakan dengan mod lewah jam pada ROG Phone 6 Pro tidak digunakan bagi memastikan skor yang dicatatkan adalah adil.

Berikut ialah markah Antutu 3D

  1. Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 – 1,099,5132 markah
  2. Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 – 1,0154,240 markah
  3. Apple A15 Bionic – 807,156 markah

Berikut ialah markah Geekbench 5

  1. Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 – 1312/4191 markah
  2. Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 – 1202/3693 markah
  3. Apple A15 Bionic – 1732/4704 markah

Berikut ialah markah 3D Mark Wildlife Extreme

  1. Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 – 2786 markah
  2. Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 – 2604 markah
  3. Apple A15 Bionic – 3038 markah

Kesimpulan

Secara konsisten markah yang dicatatkan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 adalah lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 1 tetapi di belakang A15 Bionic dalam ujian Geekbench 5 dan Wild Life Extreme. Perbezaan markah dalam Geekbench 5 adalah A15 Bionic 25% lebih tinggi dalam ujian satu teras dan 11% lebih tinggi dalam ujian multi teras. Dari segi kemampuan CPU, cip Apple masih mempunyai kelebihan yang ketara tetapi jurang antara Snapdragon dan A15 Bionic semakin mengecil.

Dalam ujian Antutu 3D pula, markah Snapdragon 8+ Gen 1 adalah 36% lebih tinggi berbanding A15 Bionic dan hanya 8% lebih tinggi berbanding Snapdagon 8 Gen 1. Satu perkara menarik yang kami sedari ialah ROG Phone 6 Pro mempunyai sistem penyejuk yang baik. Suhu CPU hanya meningkat 4.2°C dalam ujian Antutu 3D berbanding 9.7 °C pada Black Shark 5 Pro. Sekiranya anda mencari peranti yang berkuasa tetapi mampu mengekalkan suhu yang baik, ROG Phone 6 adalah antara yang terbaik pernah kami lihat setakat ini.

Akhir sekali markah A15 Bionic dalam ujian Wild Life Extreme adalah 9% lebih tinggi berbanding Snapdragon 8+ Gen 1. Prestasi Snapdragon 8+ Gen 1 pula adalah 7% lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 1.

Jadi bagi mereka yang masih menggunakan peranti dengan Snapdragon 8 Gen 1, tiada keperluan untuk menggantikan peranti kerana perbezaan prestasi tidak begitu ketara. Bagi pemilik iPhone 13 Pro Max pula, anda juga tidak perlu risau kerana peranti anda masih berkuasa walaupun sudah hampir setahun dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd