Carian
LG Membangunkan Lensa Meta Yang Hanya 1/10,000 Ketebalan Lensa Kamera Biasa
July 6, 2022 Effi Saharudin

Teknologi lensa meta (metalens) kali pertama kami laporkan pada tahun lalu dengan ia menjanjikan lensa kamera yang jauh lebih nipis untuk digunakan pada kamera peranti mudah alih. Isu bonggol kamera yang semakin membesar tahun demi tahun mampu diselesaikan teknologi ini.

Kini The Elec melaporkan LG Innotek turut telah membangunkan lensa meta mereka sendiri dengan ketebalan 1/10,000 berbanding lensa biasa. Teknologi ini bukan sahaja boleh digunakan pada kamera tetapi juga untuk menghasilkan lensa untuk set kepala realiti terimbuh yang lebih padat rekaannya.

LG Innotek juga mengesahkan mereka berjaya membangunkan lensa cecair dengan kerjasama Corning tetapi ia menimbulkan pelbagai cabaran lain yang menyebabkan ia belum bersedia untuk dikomersialkan.

Samsung turut sudah membangunkan teknologi lensa meta mereka tahun lalu tetapi sehingga kini produk sebenar yang menggunakannya masih belum dipasarkan kepada umum.

Komen