Cari @ Amanz

Semalam ada kami laporkan yang Apple akan hadir dengan model Apple Watch Series 8 dengan skrin bersaiz 1.99-inci. Apple dikatakan akan hadir dengan tiga model Apple Watch baharu pada tahun ini. Pertama adalah model SE baharu, kedua adalah Series 8 biasa, dan ketiga adalah versi tahan lasak.

Model SE baharu adalah variasi mampu milik, dengan spesifikasi asas. Model tahan lasak adalah versi dengan skrin besar, yang mana boleh memaparkan lebih banyak maklumat dan informasi ketika pengguna aktif bersukan. Ia juga dijangka akan hadir dengan tubuh lebih tahan lasak, skrin yang tidak mudah retak, serta ketahanan bateri yang lebih lama.

Apple Watch Series 8 turut dikatakan boleh memaklumkan pengguna jika demam, hadir dengan mod kuasa rendah baharu yang lebih berguna, serta dijana dengan cip Apple S8 yang dikatakan mempunyai spesifikasi sama dengan cip Apple S6 dan S7.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd