Cari @ Amanz

Semalam rekaan Samsung Galaxy Watch5 dan Watch5 Pro tertiris dan hari ini giliran Samsung Galaxy Buds2 Pro pula menyusul sekali lagi menerusi laman 91Mobiles. Untuk fon telinga nirwayar mereka tahun ini, Samsung mengitar semula rekaan Galaxy Buds yang nampak lebih aerodinamik berbanding Galaxy Buds Pro.

Putik audio mempunyai permukaan luar yang licin merangkap pad sesentuh. Tiada lagi rekaan warna dua tona pada Buds2 Pro tetapi kekisi audio di bahagian luar untuk mikrofon masih lagi kelihatan. Pod simpanan masih lagi berbentuk empat segi yang dibulatkan seperti fon telinga generasi terdahulu.

Di bahagian belakang terdapat port pengecasan USB-C di hadapan pula terdapat lampu LED menunjukkan tahap pengecasan. Samsung Galaxy Buds2 Pro pastinya akan dilancarkan bersama dengan siri Galaxy Watch5, Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd