Carian
Apple Dijangka Memperkenalkan Apple Watch Edisi “Pro” Pada Tahun Ini.
July 10, 2022 Aman

Apple sedia diperkatakan akan hadir dengan sebuah lagi variasi jam tangan pintar pada tahun ini, dengan skrin bersaiz sedikit besar, disamping menawarkan ketahanan lebih baik. Kini, melalui perkongsian Bloomberg terbaru, model ini dijangka dipasarkan dengan nama “Pro”, iaitu Apple Watch Series 8 Pro.

Penjenamaan ini dijangka selari dengan nama produk lain yang turut mengintegrrasikan panggilan “Pro” – termasuk untuk MacBook, iPhone, iPad, dan juga AirPods.

Model Aplle Watch Pro ini akan menawarkan skrin lebih besar, ketahanan lebih baik, termasuk bateri lebih lama dan juga beberapa sensor dengan penjejakkan kecergasan dan aktiviti yang lebih berkuasa.

Pengenalan model “Pro” ini juga dijangka akan menamatkan penawaran “Apple Watch Edition” sebelum ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan model baharu Apple Watch ini tidak lama lagi.

Komen