Cari @ Amanz

November tahun lepas, Spotify telah mengembalikan sokongan paparan lirik pada platform penstriman muzik mereka. Ini adalah kali pertama ia disokong, sejak kerjasama dengan MusixMatch dihentikan pada 2016. Ciri ini disokong pada Spotify di telefon pintar, tablet, desktop dan juga konsol. 

Seperti sebelum ini, paparan lirik Spotify adalah daripada MusixMatch. Spotify kini mengembangkan lagi sokongan paparan lirik pada peranti berhubung Nest pula. Pengguna Google Nest Hub kini boleh karaoke dengan lagu kegemaran terus pada paparan pintar.

Gunakan arahan suara untuk mainkan lagu kegemaran, tekan pada skrin ikon lirik dan lirik lagu akan mula dipaparkan. Nota muzik turut akan dipaparkan pada saat instrumen dimainkan tanpa vokal. Ciri paparan lirik ini ditawarkan untuk kedua-dua pengguna percuma dan berbayar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd