Apple Dilaporkan Menamatkan Perkhidmatan Jony Ive Untuk Rekaan Produk

Diterbitkan pada July 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa Sir Jony Ive meninggalkan Apple pada tahun 2019 bagi membuka LoveFrom – firma rekaan sendiri, Apple telah menjadi pelanggannya terawal. Beliau terlibat dalam rekaan MacBook baharu dan juga kereta Project Titan. Tetapi menurut laporan The New York Times hari ini, Apple telahpun menamatkan perjanjian perundingan dengan syarikat LoveFrom.

Kontrak antara Apple dan LoveFrom dilaporkan telahpun tamat dan Apple tidak menyambung kontrak untuk menggunakan perkhidmatan Jony Ive dalam menghasilkan rekaan produk. Dalam laporan yang sama, beberapa eksekutif Apple turut didakwa kurang senang dengan bayaran yang diterima Ive untuk sekadar memberikan pandangan.

Pada waktu yang sama Ive turut dikatakan mengambil kakitangan Apple untuk LoveFrom yang dilihat sebagai persaingan secara terus. Apple dan LoveFrom belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai laporan New York Time.

komen


© Amanz / 2022 Kami