Carian
CEO Honor – Penggunaan Jenama Kamera Pada Telefon Pintar Adalah Gimik
July 15, 2022 Effi Saharudin

Xiaomi kini dengan Leica, Oppo dengan Hasselblad dan Sony dengan Carl Zeiss. Telefon pintar dengan lensa dari syarikat fotografi terkemuka bukan benda baharu tetapi sudah wujud sejak zaman Nokia masih lagi nama besar dunia telefon. Tetapi menurut CEO Honor George Zhao, penjenamaan bersama pengeluar kamera pada telefon pintar adalah gimik,

Dalam temubual dengan yang diterbitkan oleh laman MyDrivers, Zhao berkata kerjasama jangka pendek antara pengeluar peranti dengan jenama kamera adalah sekadar gimik yang perlu dielakkan demi pengguna.

HONOR CEO George Zhao

Selepas bergerak secara sendiri, Honor mengeluar peranti seperti Magic4 Pro yang mementingkan kemampuan fotografi tetapi tidak menggunakan teknologi pengeluar kamera. Huawei selepas menamatkan kerjasama sealam lima tahun dengan Leica, kini menggunakan teknologi XMAGE yang dibangunkan oleh mereka sendiri.

Bercakap mengenai Huawei, CEO perniagaan peranti pintar mereka Richard Yu turut mengatakan syarikat mereka akan mendominasi pasaran sekiranya halangan perdagangan tidak berlaku tiga tahun lalu.

Komen