Apple Bersetuju Membayar RM222 Juta Menyelesaikan Saman Kumpul Papan Kekunci Butterfly Bermasalah

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Papan kekunci Butterfly diperkenalkan pada tahun 2015 menggantikan Magic Keyboard yang digunakan selama ini bagi menghasilkan komputer riba yang lebih nipis. Kekunci dengan mekanisme sayap kupu-kupu ini mempunyai pergerakan menegak yang lebih cetek dan mendatangkan pelbagai isu kepada pengguna saban tahun.

Apple minggu ini bersetuju untuk menyelesaikan saman kumpul yang difailkan di California sebelum ini dengan membayar ganti rugi $50 Juta (~RM222 juta) kepada pengguna yang mengalami isu dengan kekunci butterfly. Pelanggan yang terkesan akan menerima ganti rugi antara $50 hingga $395 seorang berdasarkan kerosakan yang berlaku.

Malang sekali pampasan ini hanya akan melibatkan pengguna dari California, New York, Florida, Illinois, New Jersey, Washington, dan Michigan sahaja. Apple telahpun meningkatkan tempoh jaminan kekunci butterfly sehingga empat tahun selepas pembelian kepada semua model MacBook selepas selepas hanya memberikannya kepada model tertentu.

komen


© Amanz / 2022 Kami