Redmi K50i Kini Rasmi – Dijana Cip Dimensity 8100, Pengecasan Pantas 67W

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran di India hari ini memperlihatkan pengenalan untuk Redmi K50i. Melihat pada penawarannya, ia hanyalah sebuah Poco X4 GT dan Redmi Note 11T Pro yang dijenamakan semula. Tiada perubahan rekaan dan spesifikasi yang dilakukan.

Melaluinya, Redmi K50i dilengkapi skrin 6.6-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2460 x 1080 piksel) dan kadar segar semula 144Hz. Ia turut dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8100, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman mencapai 256GB, bateri 5,080mAh yang menyokong pengecasan 67W.

Disebabkan ia sebuah peranti yang dijenamakan semula, maka sistem tri-kamera utama dengan tetapan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel masih dikekalkan. Kamera swafoto yang digunakan juga masih sebesar 16-Megapixel. Untuk harga, ia dijual bermula INR28,999 (~RM1,613).

komen


© Amanz / 2022 Kami