Cari @ Amanz

Netflix memasuki arena permainan video dengan mula menawarkan permua pada peranti Android dan iOS sejak November tahun lalu. Alasan yang diberikan ialah pesaing mereka ialah permainan mudah alih pada telefon pintar bukannya platform penstriman yang lain.

Tetapi menurut data dari Apptopia, hanya 1.7 juta daripada 221 juta pelanggan Netflix mengakses ciri Netflix Games setiap hari. Ini hanyalah 1% daripada jumlah keseluruhan pelanggan Neteflix. Aplikasi hanya dimuat turun 23.3 juta kali dengan 1.7 juta pengguna harian dicatatkan.

Terdapat 24 permua dalam katalog Netflix Games setakat ini. Pada peringkat awal permua yang menggunakan harta intelek mereka seperti Stranger Things ditawarkan kepada pelanggan. Mereka turut membeli studio permainan video sendiri untuk membangunkan lebih banyak permua bertemakan kandungan mereka.

 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd