Pembeli Samsung Galaxy Z Fold4 Dan Z Flip4 Akan Menerima Jaminan Tambahan Samsung Care+

Diterbitkan pada Ogos 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Z Fold4 yang dilancarkan hari ini dijual pada harga bermula RM6,799. Sementara Galaxy Z Flip4 dijual pada harga bermula RM4,099. Kedua-dua peranti sudah boleh dipra-tempah bermula hari ini dan sehingga 1 September nanti, mereka yang terawal akan menerima ganjaran.

Ganjaran ini adalah baucar RM650 untuk pembeli Z Fold4 dan RM450 untuk pembeli Z Flip4. Selain menerima baucar, kerangka pelindung percuma yang bernilai RM369 dan RM379 turut akan diberikan.

Untuk mereka yang risaukan menggunakan peranti dengan skrin kaca ultra nipis UTG ini, anda turut akan menerima perlindungan Samsung Care+ yang memberikan anda 1 tahun jaminan tambahan dan juga pertukaran pelindung skrin sebanyak tiga kali. Perlindungan Samsung Care+ ini bernilai RM599 untuk Z Fold4, sementara untuk Z Flip4 ia nilainya adalah RM499.

komen


© Amanz / 2022 Kami