Samsung Galaxy Z Fold4 Turut Ditawarkan Dengan Storan 1TB Yang Berharga RM8,299

Diterbitkan pada Ogos 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti dengan sokongan storan dalaman sehingga 1TB jarang ditawarkan oleh pengeluar peranti di Malaysia. Setakat ini yang boleh dibeli adalah iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pada harga Rm7,199 dan RM7,599.

Samsung Malaysia pernah menawarkan peranti dengan storan 1TB, iaitu untuk Samsung Galaxy 10+ pada tahun 2019. Ketika itu peranti ini dijual pada harga RM5,999. Kini selepas beberapa tahun tidak menawarkannya, Samsung kembali hadir dengan peranti yang mempunyai storan sebanyak ini.

Peranti ini adalah Samsung Galaxy Z Fold4. Model 1TB ini dijual dengan harga RM8,299 dan hanya eksklusif ditawarkan melalui kedai atas talian Samsung sahaja. Buat masa ini ia hanya ditawarkan dengan warna Gragreen dan kelak mereka turut akan menawarkan pilihan warna Burgundy.

Anda boleh melakukan pra-tempahan bermula hari ini. Jika anda pra-tempah sebelum 1 September, anda turut akan menerima baucar RM650 dan boleh turut dapatkan Standing Cover dengan S-Pen yang bernilai RM369 secara percuma. Selain itu anda turut akan mendapat perlindungan tambahan Samsung Care+ yang bernilai RM599.

** Gunakan kod AMGZF4VIP apabila membeli Galaxy Z Flip4 atau Galaxy Z Fold4 dan dapatkan Super Fast Wireless Charger Duo yang bernilai RM 369 termasuk kabel dan pengecas 15W PD.

komen


© Amanz / 2022 Kami