Rusia Memperlihatkan Rekaan Stesen Angkasa Selepas Meninggalkan ISS

Diterbitkan pada Ogos 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rusia akan meninggalkan program Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bermula 2024 kerana perbalahan dengan Amerika Syarikat kerana konflik di Ukraine. Roscosmos sudahpun mengumumkan mereka akan membina stesen angkasa sendiri selepas ini. Di forum Army-2022 minggu ini, sebuah model yang menunjukkan rekaan stesen yang akan digunakan telah diperlihatkan.

Ia mirip dengan stesen angkasa Mir yang digunakan oleh Roscosmos dari 1986 ke 2011 tetapi pada skala yang lebih besar. Terdapat persamaan dengan stesen angkasa Tiangong milik China kerana kedua-dua menggunakan teknologi yang sama. Perbezaan hanyalah Tiangong berbentuk T apabila siap kelak sementara stesen Rusia berbentuk salib.

Selain Rusia, China dan Amerika Syarikat dua lagi stesen angkasa akan dibina oleh syarikat swasta Blue Origin dan Axiom Space.

komen


© Amanz / 2022 Kami