Motorola Edge Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz Dan Cip Dimensity 1050

Diterbitkan pada Ogos 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola melancarkan peranti mereka secara perlahan-lahan. Minggu lalu Motorola Razr dan X30 Pro dilancarkan dengan cip kelas mercu, pagi ini mereta melancarkan pula Motorola Edge dengan spesifikasi kelas pertengahan.

Ia adalah peranti pertama yang yang dilengkapi cip Dimensity 1050 yang dilengkapi dua teras Cortex-A78 dan enam teras Cortex-A55 yang dipadankan dengan GPU Mali-G610 MC3. Ini meletakkannya setanding dengan cip Snapdragon 695.

Spesifikasi lain peranti ialah skrin 6.6″ OLED 144Hz, memori sebesar 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan 30W berwayar dan 15W secara nirwayar. Kamera utama 50MP sudut lebar dengan OIS, 13MP ultra sudut lebar dan sensor kedalaman. Di hadapan pula sebuah sensor 32MP digunakan untuk kamera swafoto.

Peranti turut dilengkapi sistem audio stereo dengan Dolby Atmos. Selain itu tubuh peranti melepasi piawaian kalis air IP52. Pengimbas cap jari pula diletakkan di bawah skrin. Walaupun Edge 2022 ialah sebuah peranti kelas pertengahan, ia menyokong rangkaian 5G mmWave. Harga jualan peranti masih lagi belum diumumkan pada waktu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami