Amazon Singapura Kini Menawarkan Penghantaran Percuma Ke Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Laman edagang terkemuka Amazon yang berasal dari Amerika Syarikat, sedia beroperasi di Singapura sejak 2017 yang lepas.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Amazon akan ditawarkan di Malaysia secara rasminya. Namun, menariknya kini, untuk masa terhad, Amazon Singapura menawarkan sokongan penghantaran percuma untuk ke Malaysia.

Dengan langkah ini, untuk pembelian sebahagian barangan berjumlah lebih S$40, anda akan dapat menikmati penghantaran percuma ke Malaysia. Daripada percubaan kami juga, beberapa buku yang berharga kurang RM100 juga turut menerima sokongan penghantaran percuma ke Malaysia ini.

Pengguna turut boleh memilih paparan dalam mata wang Malaysia di Amazon – sesuatu yang telah disokong Amazon sejak tahun 2018 lepas.

Bagi anda yang mencari beberapa perkara, seperti barangan elektronik, buku dan sebagainya, boleh mencuba Amazon Singapura hari ini, dan bandingkan ia dengan harga jualan tempatan, sebelum melakukan tempahan terus dari Singapura ke Malaysia secara percuma.

Sumber : Amazon

komen


© Amanz / 2022 Kami