Spesifikasi Cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip seterusnya yang akan dilancarkan oleh Qualcomm tertiris hari ini menerusi @evleaks. Cip Snapdragon 6 Gen 1 akan dihasilkan menerusi teknologi 4nm seperti Snapdragon 8+ Gen 1 dan Snapdragon 7 Gen 1.

Ia akan dilengkapi cip Kryo pada kelajuan 2.2GHz tetapi jumlah teras serta konfigurasi kluster tidak didedahkan. Moden Snapdragon X62 yang disertakan menyokong rangkaian 5G mmWave dan sub-6GHz yang memberikan kemampuan muat turun sehingga 2.9 Gbps. IPS Qualcomm Spectre pula memberikan kemampuan mengambil gambar sehingga 108MP dan video pula 4K 30p.

Skrin FHD+ 120FPS boleh digunakan dan juga memori sehingga 12GB LPDDR5. Lebih banyak maklumat mengenai pemproses ini akan diketahui apabila ia dilancarkan pada bulan November kelak pada acara khas Qualcomm yang telah disahkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami